Monday, May 23, 2011

Hubungi Kami

Alamat Sekolah : SK Padang Mengkuang, 21400 Marang, Terengganu
Tel    :  09-6194727
Fax   : 09-6196360
Email : tba_4024@yahoo.com
Website : skpadangmengkuang.blogspot.com

Pencapaian


BIL ANUGERAH PRG KEP. THN
1 Anugerah Pusat Sumber Cemerlang K J 2004
2 Anugerah Pengurusan Kafa Terbaik N J 2006
3 Anugerah Pengurusan Kokurikulum D J 2006
4 Pertandingan 3K D J 2006
5 Pertandingan Iklim Penyungguhan Kendiri N J 2007
6 Sekolah Cemerlang UPSR N AK 2007
7 Anugerah Pelajar Terbaik UPSR N AK 2007
8 Pertandingan Kalam Jama'ie N J 2008
9 Tokoh Nilam Negeri Terengganu N J 2008
10 Tokoh Nilam Kategori Sekolah Rendah K J 2008
11 Pertandingan 3K K NJ 2009
12 Pertandingan Kawad Kaki (Perempuan) N J 2009
13 Pertandingan Kawad Kaki (Lelaki) N NJ 2009
14 Anugerah NILAM N J 2009
15 Pertandingan Kalam Jama'ie N J 2009
16 Pengurusan Kantin Terbaik N J 2009
17 Anugerah Pengurusan NILAM N J 2010
18 Pertandingan Kawad Kaki (P) N J 2010
19 Pertandingan Pidato Kebersihan N NJ 2010
20 Pertandingan Pengurusan Pergigian Pelajar N AK 2010
21 Anugerah Pengurusan PPDa K AK 2010
22 Anugerah Kantin Bersih D J 2010
23 Anugerah 3K D J 2010
24 Anugerah Pengurusan Tandas D J 2010
25 Pertandingan Pusat Sumber D NJ 2010
26 Kejohanan Olahraga MSSMD Marang D K-3 2011
27 Pertandingan Perbarisan MSSDM Marang D J 2011
28 Olahragawan Terbaik MSSDM Marang D J 2011
29 Pertandingan Premis Makanan Bersih
Anjuran KKM & KPM 2010
K NJ 2011
30 Penarafan SSQS K 4 2011



Petunjuk :



PRG : Program KEP : Keputusan K : Kebangsaan N : Negeri D : Daerah



J : Johan NJ : Naib Johan K-3 : Tempat ke-3 AK : Anugerah Khas

Album 2011

Album 2010

c

Album 2009

b

Sunday, May 22, 2011

Pusat Sumber Sekolah

SEJARAH PENUBUHAN

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang (SKPM) dibuka pada tahun 1997 iaitu sama dengan pembukaan sekolah ini. Pada peringkat awal, unit asas Pusat Sumber iaitu perpustakaan dibuka telebih dahulu dengan menempatkan koleksi-koleksi buku yang amat sedikit jumlahnya.

Kedudukan kewangan dan faktor tempoh masa pembukaan sekolah yang baru sedikit sebanyak menyebabkan koleksi bahan untuk pengajaran dan pembelajaran sekolah ini masih lagi berkurangan serta tidak mencukupi. Pada tahun yang sama,pihak sekolah juga membuka bilik ABM dan Bank Soalan. Bank Soalan dibuka untuk kemudahan guru-guru untuk melaksanakan proses pengujian dan penilaian di sekolah. Pada tahun 2001, Bilik Tayangan telah dibuka dengan bantuan kewangan pihak PIBG dan sumbangan pihak luar.Dengan pembukaan bilik berkenaan, PSS di sekolah ini telah mempunyai komponen pusat sumber yang lengkap untuk beroperasi dengan sempurna dan berkesan.

Pada tahun 2004, blok bangunan baru yang mengandungi bilik-bilik khas telah siap untuk digunakan. Pada akhir bulan Januari 2004, PSS berpindah sepenuhnya ke bangunan baru.

Bilik - Bilik Khas

a

Infrastruktur

Pelan Strategik Kemajuan Sekolah


Pengurusan dan Pentadbiran
Penetapan KPI
Kecekapan dalam mengurus kewangan
Perjumpaan bulanan
( KEMANDIRAN )
Pembangunan staf
Pemaufakatan Sekolah – Komuniti ; memasyarakatkan guru,  menggurukan ibu bapa.
Learning of organization

Ko-Akaedemik
Pelan Transformasi Kecemerlangan Akademik
 ( PETA )
Program RAPID
Penetapan Key Performances Indicator / KPI
Program LINUS
Program PKKIBP
Program Pra Sekolah
Program Ko – Kurikulum
Post mortem OTI
Pemantauan kemajuan dan menjangkakan kemajuan 
pelajar
Satu Kursus Profesionalisme Satu Panitia Mata Pelajaran
Satu Kajian Tindakan Satu Panitia Mata Pelajaran
Satu Matapelajaran Satu Kelas Tambahan (Thn. 5 shj.)

Hal Ehwal Murid
Pengurusan Agihan Bantuan pelajar
Program Cahaya Iman / PCI
Program Bulan Disiplin
Program Bulan Membaca dan NILAM
Perkhemahan Ibadat dan Bestari Solat

Ko-Kurikulum
Bitara Permainan
Perkhemahan Badan Beruniform
Sukan Tara dan Sukan Tahunan Sekolah
Program 1 Sukan  1 Murid
Sistem Rumah Sukan

Projek Inovasi & Penanda Aras Sekolah


· Pengurusan Sekolah

· Dokumentasi Program

· Pengurusan Pusat Sumber

· Program NILAM

· Pengurusan 3K

· Bilik Darjah – Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan  ( B3k )

· Kantin – Keceriaan, Keselamatan, Kebersihan, Kelazatan, Kenikmatan ( K5k)

· Tandas – Selamat, Selesa, Sihat, Segar, Sejahtera ( T5s)

Budaya Sekolah


· Perkongsian Misi dan Visi Sekolah

· Penekanan kepada budaya kecemerlangan dalam semua bidang

· Peningkatan daya kreativiti dan inovasi

· Perancangan strategik sekolah

· Penetapan Key Performances Indicator (KPI)

· Budaya Kerja Berpasukan

· Penekanan kepada ‘ out-put based and quality based’

· Ekspektasi yang tinggi dan cakna terhadap kecemerlangan
  pelajar , ‘Murid didahulukan Pencapaian diutamakan’.

· Menepati masa dalam tugas.

· Persekitaran yang ceria memberi keseronokan bekerja.

7 Pernyataan Positif Sekolah


· Kami memiliki pelajar yang boleh dibanggakan.

· Kami memiliki suasana dan persekitaran sekolah yang amat istimewa.

· Kami memiliki guru-guru dan staf sokongan yang komited dan mesra.

· Kami mengutamakan masa dan produktiviti.

· Kami memanfaatkan informasi, komunikasi dan teknologi.

· Kami melaksanakan pelbagai program yang efektif dan bermakna.

· Kami memiliki barisan pengurusan yang hebat dan kreatif.

PKIBP

e

Pra Sekolah

d

Kokurikulum

b

Kurikulum

a

Sejarah Sekolah



Tanggal 16 Jun 1997, nama SK Padang Mengkuang mula terukir dalam senarai nama-nama sekolah di dalam Daerah Marang khasnya. Pada peringkat awal penubuhannya,SK Padang Mengkuang telah memulakan operasinya buat sementara waktu di SK Bukit Payong. Pada ketika itu, SK Padang Mengkuang telah menerima 17 orang guru termasuk Guru Besar iaitu Tuan Haji Laui Bin Ismail sebagai pelopor yang bakal menjulang nama SK Padang Mengkuang ke peringkat yang tertinggi.


Pada 5 Oktober 1997, sekali lagi lakaran sejarah terukir apabila secara rasminya SK Padang Mengkuang telah beroperasi di lokasi yang sebenar terletak kira-kira 17 kilometer dari ibu negeri Terengganu iaitu Kuala Terangganu dan 24 kilometer dari Bandar Marang. SK Padang Mengkuang terletak di dalam daerah Marang dan sekolah ini adalah dikatogerikan sebagai Sekolah Rendah Katogeri Luar Bandar dengan memakai kod sekolah TBA4024 dan berada dalam kategori gred A.



Menyedari bahawa kemantapan sesebuah organisasi adalah berdasarkan kepada komitmen daripada semua pihak, maka dengan itu pada 27 Mac 1998, penubuhan Persatuan Ibu Bapa Guru(PIBG) dan seterusnya Mesyuarat Agung PIBG yang pertama telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu iaitu Datuk A.Rahim Bin Tahir. Sehingga kini, PIBG telah banyak memainkan peranannya bersama-sama pihak sekolah dalam memartabatkan nama SK Padang Mengkuang sehingga ke Peringkat Kebangsaan.

Kini dalam menyediakan prasarana yang lengkap, bangunan baru yang serba lengkap dan canggih telah siap dibina dan mula beroperasi Januari 2004. Bangunan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan serta bilik-bilik khas yang lebih canggih. Di bangunan baru ini, pihak sekolah ingin menjadikan sebagai sekolah pintar yang mempunyai sistem rangkaian yang lengkap.


Pada Mei 2009, SK Padang Mengkuang mempunyai keanggotaan yang terdiri daripada seramai 68 orang guru termasuk Guru Besar iaitu Encik Abdul Raki Bin Abdullah yang mula menerajui sekolah ini pada Mac 2009 dan 11 orang kakitangan serta pelajar seramai 894 orang yang menjadikan sekolah Gred A yang terbesar di Daerah Marang. Sekolah ini mempunyai keluasan kawasan kira-kira 4.846 hektar yang lengkap dengan persekitaran yang membudayakan ilmu yang cukup kondusif untuk segala bentuk aktiviti.