Thursday, May 24, 2012

Selamat Bercuti



Hari ini hari terakhir persekolahan. Selamat bercuti kepada guru-guru dan murid-murid SKPM. Semoga dapat manfaatkan cuti sekolah ini untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Jangan lupa buat kerja sekolah ye murid-murid. Jumpa dua minggu lagi..

Thursday, May 17, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah selamat diadakan pada 16 Mei 2012. Pelbagai acara menarik disediakan untuk meraikan guru - guru dan juga pelajar. Antara acara yang diadakan ialah sukaneka dan juga acara - acara dewan. Terima Kasih CIKGU.


















Perkhemahan Unit Beruniform 2012

Pada 26-28  April 2012 yang lalu. SK Padang Mengkuang telah mengadakan Perkhemahan Unit - Unit Beruniform Peringkat Sekolah bertempat di padang SKPM. Seramai lebih kurang 150 orang murid telah menyertai perkhemahan ini yang terdiri daripada murid - murid tahun 4 hingga 6. 
Perkhemahan berjalan dengan lancar dan juara keseluruhan jatuh kepada pasukan Pengakap. 
Tahniah diucapkan dan pada unit- unit yang lain, tahun depan cuba lagi. 














Pekan Budaya Marang 2012

SK Padang Mengkuang sekali lagi terpilih bagi menghiasi gerai Jabatan Pendidikan Daerah Marang di Pekan Budaya anjuran Jabatan Daerah Marang yang diadakan di Pantai Kelulut dari 29-30 April 2012 baru - baru ini di bawah kategori Sekolah Cemerlang Pengurusan Aset Sumber Sekolah. Tahniah pada semua warga SKPM dan guru - guru yang bertungkus lumus menyiapkan gerai pameran. 




Murid - murid Tahun 6 sesi 2012

Murid - murid tahun 6 yang menjadi harapan warga SKPM untuk cemerlang dalam UPSR 
USAHAKAN

6 ARIF

6 BESTARI 

6 CEKAL

6 DINAMIK 

Pertandingan Hoki MSSM Marang 2012

Skuad hoki lelaki dan perempuan bersama jurulatih dan guru guru pengiring
1 Februari 2012 , Kontinjen Hoki SK Padang Mengkuang telah menyertai kejohanan Hoki MSSD Marang bagi kategori bawah 12 tahun yang diadakan di Stadium Hoki Kuala Terengganu. Bagi kategori perempuan bawah 12, pasukan SKPM telah mendapat tempat ketiga bersama dan bagi pasukan lelaki bawah 12, telah berjaya ke peringkat akhir namun tewas penalti dengan SK KUBU. Tahniah diucapkan kepada skuad hoki sekolah. Moga tahun depan lebih cemerlang. 

Posing maut dari skuad hoki perempuan


Post mortem selepas permainan

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-13


23 Mac 2012 , SK Padang Mengkuang telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 bertempat di   Dewan Firdaus. Perasmian disempurnakan oleh YB. Dato' Yahya Bin Khatib Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Masyarakat & Wanita Negeri Terengganu, merangkap Adun Pengkalan Berangan. Tiada pengundian di adakan pada kali ini dan Exco PIBG dikekalkan.  




Thursday, May 3, 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul, SK Padang Mengkuang turut sama menyambut dengan mengadakan sambutan pada 17 Februari 2012. Sambutan kali ini dimeriahkan dengan program seperti perarakan sambil berselawat disusuli dengan program di dewan Firdaus seperti persembahan puisi dan nyayian nasyid dari murid - murid yang mewakili rumah sukan masing - masing. 





Merentas Desa 2012

Pada  12 Januari 2012 SK Padang Mengkuang telah berjaya mengadakan program Merentas Desa 2012. Penyertaan terdiri daripada semua murid SKPM dari PraSekolah ke tahun 6. Murid - murid dari Kelas PKIBP juga tidak ketinggalan. Tahniah kepada semua pemenang dan juga guru - guru yang telah menjayakan program kali ini.