Thursday, February 27, 2014

Pelancaran English Day SKPM 2014


Rabu, 26 Februari 2014 - Satu pelancaran Program English Day telah diadakan di Dewan Firdaus. Program tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar, Pn. Mahshuri Bin Ismail. Ia disertai oleh semua murid dan akan dijalankan pada setiap hari Rabu. Antara motto program tersebut ialah English Is Fun And Easy To Learn. Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Tuesday, February 18, 2014

Tahniah SKPM


      Tahniah sekali lagi diucapkan kepada warga SKPM kerana mendapat Johan Perbarisan dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Daerah Marang 2014 Kali ke 23. Kejohanan tersebut diadakan di SMK Seberang Marang dan berlangsung pada 17-20 Februari 2014. Aturcara pembukaan dirasmikan oleh YB A.Latiff Bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi dan Multimedia Negeri Terengganu.


Thursday, February 13, 2014

Majlis Penyerahan e-BOOK Tahun 5 Dun Pengkalan Berangan 2014


Isnin, 10 Febuari 2014 - Satu majlis Penyerahan e-BOOK bagi tahun 5 Dun Pengkalan Berangan telah diadakan di SK Kubu, Marang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB A.Latiff Bin Awang iaitu Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri merangkap Adun Pengkalan Berangan. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Padang Mengkuang, SK Merchang, SK Jambu Bongkok, SK Pasir Puteh, SK Gondang, SK Jenang, SK Kubu, SJK(C) Chong Hwa, SK Jerong, SK Bukit Jejulong, SK Gong Balai, SK Pengkalan Berangan, SK Wakaf Tapai dan SK Bukit Sawa. Sebanyak 792 buah e-BOOK telah diagihkan kepada sekolah-sekolah di Dun Pengkalan Berangan.

Monday, February 10, 2014

Pelancaran Program Guru Penyayang Mentor Mentee SKPM 2014




Ahad, 9 Febuari 2014 - Satu pelancaran Program Guru Penyayang Mentor Mentee SKPM telah diadakan di Dataran Perhimpunan Sekolah. Program tersebut telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan I, Puan Salmah Bt Abdul Rahman di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Antara objektif program tersebut ialah murid-murid dapat berinteraksi sesama guru dan dapat membentuk murid menjadi insan yang bertanggungjawab kepada masyarakat.



Wednesday, February 5, 2014

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2014


Khamis 30 Januari 2014 telah diadakan satu kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Sebelum bermulanya acara merentas desa, para peserta melakukan aktiviti memanaskan badan. Selepas itu, semua peserta berkumpul di pintu pagar sekolah untuk memulakan acara. Semua peserta dilepaskan oleh Puan Guru Besar, Pn. Mahshuri Bt Ismail.