Saturday, September 23, 2017

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA?

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) akan berlangsung pada

1 hingga 5 Oktober 2017

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA 


Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2017

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan yang telah pun berlangsung pada 21 Ogos 2017 yang lepas. 
Majlis berlangsung dengan meriah dengan pelbagai acara diadakan bagi menaikkan semangat cintakan negara kepada murid - murid. 

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. 





Thursday, August 24, 2017

Fire Drill 2017

Latihan kebakaran (Fire drill) telah selamat diadakan pada 22 Ogos 2017 yang lepas. Kesemua warga SKPM terlibat dalam latihan ini. Program ini mendapat kerjasama dari Balai Bomba Wakaf Tapai dan Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai. 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah 
1. Latihan kebakaran
2. Demonstrasi memadam kebarakan 
3. Taklimat keselamatan 













Tuesday, August 15, 2017

MERDEKA @ CINEMA

Bersempena dengan bulan kemerdekaan negara, CINEMA @ PUSPAME membawakan anda tayangan filem - filem berunsur kemerdekaan bagi membangkitkan semangat patriotik dalam jiwa para pelajar dan juga guru. 

Untuk tempahan sila hubungi Ustazah Mazidah.



MERDEKA @ PUSPAME


Sempena bulan kemerdekaan ini, PUSPAME kini mengadakan pameran bertemakan MERDEKA di perpustakaan utama PUSPAME. Pelbagai bahan dan media yang berkaitan dengan kemerdekaan negara disediakan bagi tujuan bacaan serta rujukan para pelajar serta guru. 

Sila Kunjungi MERDEKA @ PUSPAME 

15 Ogos - 15 September 2017

Wednesday, August 2, 2017

Pameran Bomba di PUSPAME



Bersempena dengan bulan kemerdekaan, PUSPAME membawakan pameran 'Bomba di PUSPAME'.
Pameran diadakan di bilik koleksi setempat dan pelbagai koleksi berkaitan dipamerkan.
Sama - sama kita melawat sambil belajar.


Saturday, July 22, 2017

PAMERAN IBADAT HAJI

Ibadat haji...kini datang lagi....
Ya.. bersempena dengan kedatangan bulan haji, maka PUSPAME dengan kerjasama Panatia Pendidikan Islam akan mengadakan pameran bertema IBADAT HAJI.


Antara aktiviti menarik termasuk perkongsian pengalaman ibadat umrah dari pelajar dan juga guru.
Jangan lupa !!
Tarikh : 29 Julai hingga 1 Ogos 2017
Tempat : Laluan PSS


Saturday, July 8, 2017

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah 2017

Pada 6 Julai 2017 yang lalu, SK Padang Mengkuang telah pun mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah. Pelbagai aktiviti dan acara diadakan bagi memeriahkan suasana hari raya.
Tetamu - tetamu jemputan turut sama diraikan dalam majlis tersebut. 













Saturday, June 3, 2017

Hari Guru Peringkat Daerah Marang 2017



Pada 22 May 2017, bertempat di Dewan Majlis Daerah Marang, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Marang telah diadakan. Pada majlis tersebut SK Padang Mengkuang telah memdapat beberapa anugerah dalam pelbagai kategori. 

1. Pengurusan HEM terbaik Sekolah Rendah.
2. Pengurusan PSS terbaik Sekolah Rendah.
3. Guru Inovasi Sekolah Rendah - Ustazah Mazidah Bt. Jusoh
4. Pengurusan Persatuan Ibu Bapa - Guru Terbaik Sekolah Rendah

Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja dan murid - murid SK Padang Mengkuang.

Thursday, April 27, 2017

Dubsmash @ PUSPAME

Image result for dubsmash

Pertandingan Dubsmash dibawah anjuran CINEMA@PUSPAME akan diadakan
bermula 2.5.17 - 18.5.17
Pertandingan akan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu
1. Paling kreatif 
2. Paling menghiburkan / kelakar

Penyertaan boleh dihantar terus kepada Ustazah Mazidah menerusi apps Whatsapp. 
( No..hp sila berhubung terus dengan Ustazah Mazidah) 
Jangan lepaskan peluang ini, tunjukkan kreativiti serta bakat terpendam.
Hadiah menarik menanti anda! 


Sunday, April 16, 2017

Kem Membaca 1 Malaysia (04/04/2017)


Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) telah pun dilancarkan dengan jayanya. Program yang bermatlamat meningkatkan minat dan pendedahan murid terhadap aktiviti membaca. 

( Video liputan program boleh didapati di channel Tv Al-Iman di YouTube. atau klik disini

Majlis Persaraan Ustazah Ramlah Bt.. Deraman (01/03/2017)


Selamat bersara buat Ustazah Ramlah Bt. Deraman. Jasa dan budimu akan tetap dalam ingatan.

(Video majlis persaraan Ustazah Ramlah boleh didapati di channel tv pss, TV Al-Iman di Youtube.) 

Pelancaran Kempen 'Jom Ke Sekolah' serta 'Peti Aduan' (05/02/2017)



Pada 5/2/2017 yang lepas, Pelancaran Kempen 'Jom Ke Sekolah' serta 'Peti Aduan' telah disempurnakan oleh En. Mohd Asri pegawai polis dari IPD Marang yang turut sama memberikan ceramah berkaitan disiplin kepada murid di SKPM. Turut sama dilancarkan peti aduan khas bagi murid menyampaikan aduan mereka kepada pihak pentadbir sekolah. 

Saturday, April 15, 2017

Pelancaran Program Hufaz Cilik 2017


Program Hufaz Cilik dilancarkan pada 26/01/2017, yang bermatlamat menghasilkan para pelajar yang bukan sahaja bijak dalam kurikulum namun pintar dalam Al-Quran. Mengambil inisiatif bagi melahirkan para pelajar yang mampu menghafaz surah - surah dari Al-Quran sepanjang persekolahan mereka di SKPM dengan harapan akan membantu membentuk akhlak dan peribadi unggul bagi murid - murid ini.  

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah (17/01/2017)


Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah pun diadakan pada 17/01/2017 yang lepas. Kejohanan berjalan dengan lancar dan TAHNIAH kepada para pemenang. 

Selamat datang Sesi 2017


Selamat menyambut tahun 2017 dan bersamaan sesi baharu persekolahan. Semoga tahun ini menjanjikan pencapaian yang lebih baik bagi seluruh warga SK Padang Mengkuang. Teruskan berusaha!

Tuesday, March 14, 2017

Pandai Grafik?


Satu bengkel pengenalan dan membina grafik menggunakan perisian 'PAINT' 
akan diadakan khusus bagi murid tahun 3. 
Bagi yang berminat boleh mendaftar nama di makmal sekolah. 

Tarikh: 21 Mac 2017
Tempat : Makmal Komputer

CEPAT!!! TEMPAT ADALAH TERHAD!!

Tuesday, January 24, 2017

Kini dibuka !!! Cinema di PUSPAME

Kini dibuka kembali selepas proses pengubahsuaian.
 Cinema at PUSPAME kini kembali beroperasi dengan pilihan drama serta filem yang lebih bervariasi untuk tontonan anda.

Kunjungi segera dan alami sendiri sensasi terbaru di SK Padang Mengkuang 


Sunday, January 8, 2017

PUSPAME Welcome you!


PUSPAME dengan wajah baru mempersilakan semua murid, guru dan juga ibu bapa untuk datang dan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah;

1. Bacaan dan pinjaman bahan bacaan
2.Penggunaan komputer dan internet
3. Ruang bacaan individu
 serta banyak lagi.

Untuk pertanyaan sila berhubung terus dengan guru perpustakaan anda;
 Cikgu Zawawi atau Ustazah Wan.