Monday, February 10, 2014

Pelancaran Program Guru Penyayang Mentor Mentee SKPM 2014




Ahad, 9 Febuari 2014 - Satu pelancaran Program Guru Penyayang Mentor Mentee SKPM telah diadakan di Dataran Perhimpunan Sekolah. Program tersebut telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan I, Puan Salmah Bt Abdul Rahman di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Antara objektif program tersebut ialah murid-murid dapat berinteraksi sesama guru dan dapat membentuk murid menjadi insan yang bertanggungjawab kepada masyarakat.



Wednesday, February 5, 2014

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2014


Khamis 30 Januari 2014 telah diadakan satu kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Sebelum bermulanya acara merentas desa, para peserta melakukan aktiviti memanaskan badan. Selepas itu, semua peserta berkumpul di pintu pagar sekolah untuk memulakan acara. Semua peserta dilepaskan oleh Puan Guru Besar, Pn. Mahshuri Bt Ismail.



Tuesday, February 12, 2013

Majlis Penganugerahan Watikah Perlantikan Pengawas & Pembimbing Rakan Sebaya


Isnin, 28 Januari 2013. Satu Majlis Penganugerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah pun diadakan. Majlis dirasmikan oleh En. Mat Yusof Bin Mat Ali , pegawai PPD Marang, merangkap Pengerusi Persatuan Belia Terengganu. Diharap dengan perlantikan ini, para pengawas dapat membantu pihak guru dalam menjaga disiplin murid di SKPM. Tahniah diucapkan.

Album klik disini