Sunday, April 16, 2017

Majlis Persaraan Ustazah Ramlah Bt.. Deraman (01/03/2017)


Selamat bersara buat Ustazah Ramlah Bt. Deraman. Jasa dan budimu akan tetap dalam ingatan.

(Video majlis persaraan Ustazah Ramlah boleh didapati di channel tv pss, TV Al-Iman di Youtube.) 

Pelancaran Kempen 'Jom Ke Sekolah' serta 'Peti Aduan' (05/02/2017)



Pada 5/2/2017 yang lepas, Pelancaran Kempen 'Jom Ke Sekolah' serta 'Peti Aduan' telah disempurnakan oleh En. Mohd Asri pegawai polis dari IPD Marang yang turut sama memberikan ceramah berkaitan disiplin kepada murid di SKPM. Turut sama dilancarkan peti aduan khas bagi murid menyampaikan aduan mereka kepada pihak pentadbir sekolah. 

Saturday, April 15, 2017

Pelancaran Program Hufaz Cilik 2017


Program Hufaz Cilik dilancarkan pada 26/01/2017, yang bermatlamat menghasilkan para pelajar yang bukan sahaja bijak dalam kurikulum namun pintar dalam Al-Quran. Mengambil inisiatif bagi melahirkan para pelajar yang mampu menghafaz surah - surah dari Al-Quran sepanjang persekolahan mereka di SKPM dengan harapan akan membantu membentuk akhlak dan peribadi unggul bagi murid - murid ini.