Thursday, May 24, 2012

Selamat Bercuti



Hari ini hari terakhir persekolahan. Selamat bercuti kepada guru-guru dan murid-murid SKPM. Semoga dapat manfaatkan cuti sekolah ini untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Jangan lupa buat kerja sekolah ye murid-murid. Jumpa dua minggu lagi..

Thursday, May 17, 2012

Sambutan Hari Guru 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah selamat diadakan pada 16 Mei 2012. Pelbagai acara menarik disediakan untuk meraikan guru - guru dan juga pelajar. Antara acara yang diadakan ialah sukaneka dan juga acara - acara dewan. Terima Kasih CIKGU.


















Perkhemahan Unit Beruniform 2012

Pada 26-28  April 2012 yang lalu. SK Padang Mengkuang telah mengadakan Perkhemahan Unit - Unit Beruniform Peringkat Sekolah bertempat di padang SKPM. Seramai lebih kurang 150 orang murid telah menyertai perkhemahan ini yang terdiri daripada murid - murid tahun 4 hingga 6. 
Perkhemahan berjalan dengan lancar dan juara keseluruhan jatuh kepada pasukan Pengakap. 
Tahniah diucapkan dan pada unit- unit yang lain, tahun depan cuba lagi.