Sunday, September 4, 2016

Bomba di SKPM

Satu ruang pameran bagi koleksi setempat telah dibuka bagi kemudahan warga SKPM. Warga SKPM dijemput beramai - ramai datang melawat serta melihat sendiri bahan pameran yang telah dibawakan khas dari Akademi Bomba dan Penyelamat, Wakaf Tapai. 
Saksikan sendiri perkakasan menyelamat yang dipamerkan. 
Anda pasti terpegun!


'Abang' bomba sedang menyiapkan ruang pameran

Sunday, April 24, 2016

Cipta kad anda sempena Hari Guru

Besempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei akan datang, Unit ICT bersama PUSPAME akan mengadakan satu bengkel bagi membina kad ucapan Hari Guru. 

Bagi yang berminat boleh datang ke makmal komputer SKPM pada hari SELASA, 5 Mei 2016 jam 1.30 hingga 3.00 petang. Anda akan diajar cara membina dan terus mencetak kad hari guru anda disana. (Sediakan ucapan siap - siap)

JUMPA DI SANA!

Image result for hari guru

Thursday, January 28, 2016

PROGRAM MEMBANTERAS PEMBIAKAN AEDES DI SEKOLAH


Satu program bersama murid-murid dan guru diadakan pada hari ini untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes. Taklimat ringkas disampaikan oleh GPK HEM.