Tuesday, February 12, 2013

Majlis Penganugerahan Watikah Perlantikan Pengawas & Pembimbing Rakan Sebaya


Isnin, 28 Januari 2013. Satu Majlis Penganugerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah pun diadakan. Majlis dirasmikan oleh En. Mat Yusof Bin Mat Ali , pegawai PPD Marang, merangkap Pengerusi Persatuan Belia Terengganu. Diharap dengan perlantikan ini, para pengawas dapat membantu pihak guru dalam menjaga disiplin murid di SKPM. Tahniah diucapkan.

Album klik disini

Sambutan Maulidur Rasul 2013


31 Januari 2013, Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 2013 telah pun diadakan. Perarakan rumah sukan sambil berselawat melalui kawasan perumahan telah mendapat perhatian ramai kerana para peserta berhias indah.

Album Sambutan klik disini.

Kejohanan Merentas Desa 2013



23 Januari 2013, Satu Kejohanan Merentas Desa telah pun berjaya diadakan. Kejohanan berjalan dengan lancar walaupun hari tersebut hujan renyai - renyai. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dan yang tidak berjaya mendapat sebarang tempat, banyak lagi permainan dan kejohanan yang akan diadakan. Tahniah diucapkan. 

Klik disini untuk album merentas desa 

Tuesday, February 5, 2013

Selamat Kembali Ke Sekolah


Selamat kembali ke sekolah dan bermulalah sesi baru persekolahan bagi tahun 2013.
Semoga tahun ini SKPM akan terus cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. 
kepada semua murid dan juga guru, Selamat Tahun Baru dan moga tahun ini lebih hebat dari tahun yang lalu.. AYUH KITA USAHAKAN !