Tuesday, October 18, 2016

PROGRAM PASCA UPSR

18 Oktober 2016, Selasa - Satu program pasca UPSR diadakan di Dewan Firdaus bersama murid-murid tahun 6 ( Ceramah Keremajaan). Program tersebut disampaikan oleh Dr. Hj. Fadzlan.


Monday, October 17, 2016

PEMURNIAN PIBK



Persiapan terakhir untuk pembentangan Anugerah dan Penarafan  5 Bintang PIBK Tahun 2016.

Tuesday, October 11, 2016

Kursus Penggunaan E-mail

Penggunaan e-mail kini semakin penting dalam bidang pendidikan. 
Jesteru itu, unit ICT bersama PUSPAME akan mengadakan satu kursus penggunaan email
kepada murid - murid yang berminat. 
Antara yang akan diterangkan seperti cara dan kaedah membuka akaun e-mail, menghantar dan menerima e-mail. 


Sila hadirkan diri seperti maklumat dibawah;

Tarikh : 18 Oktober 2016
Masa : 2.00 petang 
Tempat : Makmal Komputer 

Sunday, September 4, 2016

Bomba di SKPM

Satu ruang pameran bagi koleksi setempat telah dibuka bagi kemudahan warga SKPM. Warga SKPM dijemput beramai - ramai datang melawat serta melihat sendiri bahan pameran yang telah dibawakan khas dari Akademi Bomba dan Penyelamat, Wakaf Tapai. 
Saksikan sendiri perkakasan menyelamat yang dipamerkan. 
Anda pasti terpegun!


'Abang' bomba sedang menyiapkan ruang pameran

Sunday, April 24, 2016

Cipta kad anda sempena Hari Guru

Besempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei akan datang, Unit ICT bersama PUSPAME akan mengadakan satu bengkel bagi membina kad ucapan Hari Guru. 

Bagi yang berminat boleh datang ke makmal komputer SKPM pada hari SELASA, 5 Mei 2016 jam 1.30 hingga 3.00 petang. Anda akan diajar cara membina dan terus mencetak kad hari guru anda disana. (Sediakan ucapan siap - siap)

JUMPA DI SANA!

Image result for hari guru

Thursday, January 28, 2016

PROGRAM MEMBANTERAS PEMBIAKAN AEDES DI SEKOLAH


Satu program bersama murid-murid dan guru diadakan pada hari ini untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes. Taklimat ringkas disampaikan oleh GPK HEM.

Sunday, January 10, 2016

Jom ke PUSPAME

Pusat Sumber SK Padang Mengkuang (PUSPAME) kini telah sedia beroperasi.
Semua warga SKPM dijemput untuk ke PUSPAME yang mempunyai pelbagai kemudahan serta bahan bacaan bagi semua peringkat. 
PUSPAME kini dilengkapi dengan kemudahan wi-fi untuk kegunaan semua. 

Datang jangan tak datang!


Kad Keahlian PUSPAME

PUSPAME akan melancarkan kempen kad keahlian PUSPAME.
Pelbagai keistimewaan akan diperoleh dengan kad keahlian ini seperti pinjaman buku, kemudahan penggunaan komputer di makmal dan pusat akses, penggunaan bilik - bilik khas dan banyak lagi menanti anda yang menjadi ahli serta mempunyai kad PUSPAME.



Sila hadirkan diri di PUSPAME bagi membuat kad keahlian. 
Semuanya PERCUMA

Tarikh: 17 Januari 2016
Masa: 2.00 hingga 4.00 petang.