Thursday, April 27, 2017

Dubsmash @ PUSPAME

Image result for dubsmash

Pertandingan Dubsmash dibawah anjuran CINEMA@PUSPAME akan diadakan
bermula 2.5.17 - 18.5.17
Pertandingan akan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu
1. Paling kreatif 
2. Paling menghiburkan / kelakar

Penyertaan boleh dihantar terus kepada Ustazah Mazidah menerusi apps Whatsapp. 
( No..hp sila berhubung terus dengan Ustazah Mazidah) 
Jangan lepaskan peluang ini, tunjukkan kreativiti serta bakat terpendam.
Hadiah menarik menanti anda! 


Sunday, April 16, 2017

Kem Membaca 1 Malaysia (04/04/2017)


Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) telah pun dilancarkan dengan jayanya. Program yang bermatlamat meningkatkan minat dan pendedahan murid terhadap aktiviti membaca. 

( Video liputan program boleh didapati di channel Tv Al-Iman di YouTube. atau klik disini

Majlis Persaraan Ustazah Ramlah Bt.. Deraman (01/03/2017)


Selamat bersara buat Ustazah Ramlah Bt. Deraman. Jasa dan budimu akan tetap dalam ingatan.

(Video majlis persaraan Ustazah Ramlah boleh didapati di channel tv pss, TV Al-Iman di Youtube.) 

Pelancaran Kempen 'Jom Ke Sekolah' serta 'Peti Aduan' (05/02/2017)



Pada 5/2/2017 yang lepas, Pelancaran Kempen 'Jom Ke Sekolah' serta 'Peti Aduan' telah disempurnakan oleh En. Mohd Asri pegawai polis dari IPD Marang yang turut sama memberikan ceramah berkaitan disiplin kepada murid di SKPM. Turut sama dilancarkan peti aduan khas bagi murid menyampaikan aduan mereka kepada pihak pentadbir sekolah. 

Saturday, April 15, 2017

Pelancaran Program Hufaz Cilik 2017


Program Hufaz Cilik dilancarkan pada 26/01/2017, yang bermatlamat menghasilkan para pelajar yang bukan sahaja bijak dalam kurikulum namun pintar dalam Al-Quran. Mengambil inisiatif bagi melahirkan para pelajar yang mampu menghafaz surah - surah dari Al-Quran sepanjang persekolahan mereka di SKPM dengan harapan akan membantu membentuk akhlak dan peribadi unggul bagi murid - murid ini.  

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah (17/01/2017)


Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah pun diadakan pada 17/01/2017 yang lepas. Kejohanan berjalan dengan lancar dan TAHNIAH kepada para pemenang. 

Selamat datang Sesi 2017


Selamat menyambut tahun 2017 dan bersamaan sesi baharu persekolahan. Semoga tahun ini menjanjikan pencapaian yang lebih baik bagi seluruh warga SK Padang Mengkuang. Teruskan berusaha!