Pada 5/2/2017 yang lepas, Pelancaran Kempen 'Jom Ke Sekolah' serta 'Peti Aduan' telah disempurnakan oleh En. Mohd Asri pegawai polis dari IPD Marang yang turut sama memberikan ceramah berkaitan disiplin kepada murid di SKPM. Turut sama dilancarkan peti aduan khas bagi murid menyampaikan aduan mereka kepada pihak pentadbir sekolah.