Khamis 30 Januari 2014 telah diadakan satu kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Sebelum bermulanya acara merentas desa, para peserta melakukan aktiviti memanaskan badan. Selepas itu, semua peserta berkumpul di pintu pagar sekolah untuk memulakan acara. Semua peserta dilepaskan oleh Puan Guru Besar, Pn. Mahshuri Bt Ismail.