Sunday, May 22, 2011

Pusat Sumber Sekolah

SEJARAH PENUBUHAN

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang (SKPM) dibuka pada tahun 1997 iaitu sama dengan pembukaan sekolah ini. Pada peringkat awal, unit asas Pusat Sumber iaitu perpustakaan dibuka telebih dahulu dengan menempatkan koleksi-koleksi buku yang amat sedikit jumlahnya.

Kedudukan kewangan dan faktor tempoh masa pembukaan sekolah yang baru sedikit sebanyak menyebabkan koleksi bahan untuk pengajaran dan pembelajaran sekolah ini masih lagi berkurangan serta tidak mencukupi. Pada tahun yang sama,pihak sekolah juga membuka bilik ABM dan Bank Soalan. Bank Soalan dibuka untuk kemudahan guru-guru untuk melaksanakan proses pengujian dan penilaian di sekolah. Pada tahun 2001, Bilik Tayangan telah dibuka dengan bantuan kewangan pihak PIBG dan sumbangan pihak luar.Dengan pembukaan bilik berkenaan, PSS di sekolah ini telah mempunyai komponen pusat sumber yang lengkap untuk beroperasi dengan sempurna dan berkesan.

Pada tahun 2004, blok bangunan baru yang mengandungi bilik-bilik khas telah siap untuk digunakan. Pada akhir bulan Januari 2004, PSS berpindah sepenuhnya ke bangunan baru.